Program dijalankan pada 11 Julai 2021 dan melibatkan penyertaan seramai 60 orang pelajar USIM. Program ini adalah sebagai salah satu inisiatif Pusat Sukan bagi dijadikan pengisian kepada para pelajar yang terkandas dan tidak dapat pulang ke kampung selepas tamat tempoh pengajian kesan daripada Covid-19.

Tarikh: 23 hingga 30 September 2020

Jadual kejohanan adalah seperti berikut:

Berikut adalah keputusan keseluruhan terkini bagi Kejohanan SUFA 2019:

Berikut adalah keputusan penuh mengikut acara sukan yang dipertandingkan (sila klik untuk maklumat lanjut):

a. Badminton Campuran h. Futsal
b. Bola Baling

– Lelaki   – Wanita

i. Lawn Bowls

– Lelaki   – Wanita

c. Bola Jaring j. Memanah

– Berpasukan L

– Berpasukan W

– Individu L

– Individu W

d. Bola Keranjang

– Lelaki   – Wanita

k. Petanque

– Lelaki  – Wanita

e. Bola Sepak
l. Ping Pong
f. Bola Tampar
– Lelaki   – Wanita
m. Sepak Takraw
g. Catur
 n. Tenis

Pada 8 September 2019, Pusat Sukan telah mengadakan Fit USIM Newbies 2019 bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru dari kalangan pelajar yang baru sahaja mendaftar di USIM. Pelbagai aktiviti diadakan diantaranya pertandingan futsal, bola jaring, bola tampar, bola keranjang, sepak takraw, badminton, catur dan eSport (Mobile Legends).

Penyertaan dari pelajar baru adalah sangat memberangsangkan dan aktiviti ini turut dibantu oleh dari Urusetia Sukan & Rekreasi Pelajar (USRP).

Telah berlangsung Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring Inter Fakulti 2019 bermula 1 hingga 24 Oktober 2019 bertempat Padang Bola Sepak dan gelanggang bola jaring. Kejohanan ini mendapat sambuntan hangat dari kalangan pelajar fakulti yang berentap untuk meraih pingat.

Perasmian Pembukaan Kejohanan SUFA 2019 pada 8 Mac 2019 baru-baru ini menampakkan sokongan yang meriah daripada semua fakulti yang terlibat.

Turut merasmikan adalah Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan bin Mohd Jailani. Beliau mengumumkan bahawa pihak pengurusan universiti telah bersetuju untuk memberikan Insentif Khas Atlet Cemerlang seperti kategori berikut:

Atlet Cemerlang diperingkat Sukan Kebangsaan, Sukan Antara Universiti

Pingat Emas : Pengecualian Yuran Pengajian Untuk 1 Semester
Pingat Perak : 50% Pengecualian Yuran Pengajian Untuk 1 Semester
Pingat Gangsa : 30% Pengecualian Yuran Pengajian Untuk 1 Semester

Bagi Atlet Cemerlang diperingkat Antarabangsa, Asean, Asia dan Dunia

Pingat Emas : Pengecualian Yuran Pengajian Untuk 3 Semester
Pingat Perak : Pengecualian Yuran Pengajian Untuk 2 Semester
Pingat Gangsa : Pengecualian Yuran Pengajian Untuk 1 Semester

Tahniah kepada Pasukan Lawn Bowls KPM Malaysia yang telah berjaya mengharumkan nama

USIM dan KPM di persada sukan Lawn Bowls Antarabangsa.

Pasukan Lawn Bowls KPM Malaysia Juara Keseluruhan Kejohanan Lawn Bowls Bangkok Open Triples International 2018.

Saudara Abd Muiz Bin Jaafar – Atlet Lawn Bowls USIM dan KPM Malaysia

En. Mazilan Bin Rambli – Ketua Jurulatih Pasukan Lawn Bowls KPM Malaysia

En. Hamran Bin Husin – Pengurus Pasukan Lawn Bowls KPM Malaysia

Tahniah di ucapkan kepada Saudari Fedzla Hannani Mustapa dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) kerana telah membawa pulang pingat perak bagi acara 5000m (W) dan pingat gangsa bagi acara 1500m Wanita di Higher Education Sports Fest 2018 yang telah berlangsung pada 24 hingga 28 Julai 2018 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Tahniah diucapkan kepada saudara Adib Faridi b. Samsudin dari Fakulti Syariah Undang-Undang (FSU)  dalam acara berpasukan kompound memanah kerana meraih pingat emas di Kejohanan 2nd Bogor Archery Championship 2018 di Bogor, Indonesia pada bulan April lepas.

Beliau telah dipilih dalam mewakili Malaysia dalam acara memanah. Kejayaan beliau turut mengharumkan nama USIM.

UCAPATAHNIAH
 
Tahniah diucapkan kepada atlet yang mewakili USIM ke Kejohanan MASUM Fasa 1 2018 yang diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 15 hingga 21 Julai 2018 dan telah berjaya membawa pulang 1 pingat emas dan 3 pingat gangsa.
 
Saudara Mohammad Ammar (FEM) – Atlet Taekwondo (Emas)
Saudara Mohd Fathi Amin (FEM) – Atlet Pencak Silat (Gangsa)
Saudara Muhammad Yusri Daud (FEM) – Atlet Pencak Silat (Gangsa)
Saudari Dian Fuadah (FEM) – Atlet Taekwondo (Gangsa)

UCAPAN TAHNIAH

UCAPAN TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN CEMERLANG ATLET-ATLET USIM

DI KEJOHANAN SUKAN STAF IPTA KALI KE -43 (SUKUM2018),

9 – 18 OGOS 2018, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG, DENGAN MEMBAWA PULANG:

4 EMAS, 3 PERAK DAN 8 GANGSA

EMAS

Pasukan Bola Tampar Lelaki

Memanah Senior Individu Lelaki

1500m Wanita Veteran

3000m Wanita Veteran

 

PERAK

Catur Rapid Individu Wanita

Golf Nett

Memanah Senior Berpasukan Lelaki

GANGSA

Ping Pong Perseorangan Lelaki

Berbasikal VIP Individu (RB)

Catur Blitz Individu Lelaki

Catur Rapid Berpasukan Lelaki

Pada 7 Oktober 2017 (Sabtu) yang lepas, Pusat Sukan telah mengadakan satu program bagi mencungkil dan mencari bakat-bakat baru yang menjurus dalam sukan pilihan pelajar tahun 1.

Sebanyak 18 stesen mengikut acara sukan bagi memudahkan pelajar memilih sukan yang akan diceburi iaitu

1. Bola sepak                     10. Ping Pong

2. Bola jaring                     11. Catur

3. Bola baling                    12. Tenis

4. Badminton                     13. Lawn Bowls

5. Bola tampar                   14. Taekwondo

6. Bola keranjang               15. Golf

7. Pencak silat                   16. Memanah

8. Berbasikal                      18. Petanque

9. Futsal                           19. Sepak takraw

Sambutan dari pelajar tahun 1 adalah amat menggalakkan dan ramai yang hadir sepanjang program itu berlangsung.

Pelajar-pelajar senior setiap sukan turut membantu Pusat Sukan dalam pencarian bakat tersebut. Turut menjayakan program tersebut adalah pelajar dari kalangan Urusetia Sukan dan Rekreasi Pelajar (USRP).

10 Januari 2017 – Pusat Sukan telah menerima kunjungan dari pelajar Permata Insan bagi kemasukan tahun 2017. Mereka telah diberikan penerangan ringkas bagaimana untuk membuat tempahan dan menggunakan kemudahan di Pusat Sukan.

Seramai 60 orang pelajar telah dibawa bagi meninjau bilik gimnasium dan bilik basikal serta diberikan makluman berkaitan dengan etika berpakaian yang sepatutnya sebelum menggunakan kemudahan tersebut. Kemudian mereka dibawa ke gelanggang bola jaring, tenis, futsal, bola keranjang, bola tampar, takraw dan kawasan memanah.

Pada 4 Oktober 2015 iaitu pada hari Ahad di Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM, telah berlangsung satu program aktiviti iaitu FITUNI @ USIM dengan YB Khairy Jamaludin dan telah mendapat sambutan hangat dari kalangan pelajar. Dianggarkan lebih dari 500 penyertaan dari kalangan pelajar dan kakitangan turut hadir bagi memeriahkan program tersebut. Program bermula sekitar jam 8.30 pagi tetapi kehadiran mulai penuh jam 745 pagi.

Keadaan yang berjerebu dan telah mencapai kadar tidak sihat memaksa aktiviti senamrobik dibatalkan. Walaupun begitu, keadaan tersebut tidak mematahkan semangat warga USIM untuk hadir bersama bagi meraikan kehadiran YB Khairy Jamaludin yang kali pertama datang ke USIM. Menteri Sukan sempat memberi kata-kata membakar semangat untuk terus bersenam dan melakukan aktiviti riadah bagi meningkatkan taraf kesihatan dan beliau mengumumkan pada 10 Oktober 2015 adalah Hari Sukan Negara.

Program diteruskan dengan pertunjukan silat seni, pertunjukan frisbee dan cabutan bertuah. Program berakhir sekitar jam 11.30 pagi.

USIM telah menghantar pasukan bola tampar lelaki ke kejohanan Sukan Badan Berkanun 2015 yang berlangsung pada 28 April hingga 3 Mei 2015 di Kota Kinabalu Sabah. Pasukan ini diwakili seramai 12 orang kakitangan dan diketuai oleh En. Hamran Husin sebagai ketua kontinjen.

Pasukan ini telah membuat persediaan latihan semenjak dari bulan Februari bagi memastikan para pemain kekal cergas dan meningkatkan prestasi permainan.

Pasukan USIM berada dalam kumpulan B bersama-sama dengan pasukan Universiti Malaysia Sabah dan Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara. Berjaya menjadi johan kumpulan dan seterusnya bertemu dengan pasukan FRIM di peringkat suku akhir. Selepas Berjaya menundukkan pasukan FRIM, Pasukan USIM Berjaya mengalahkan pasukan DBKL di peringkat separuh akhir.

Namun perjuangan pasukan USIM berakhir di peringkat akhir apabila tewas kepada pasukan MBSA dengan kiraan 1-3.

Baru-baru ini, Pusat Sukan USIM telah menganjurkan Sukan Antara Jabatan USIM 2015 bermula 11 Mei hingga 22 Mei 2015. Kejohanan yang diadakan setiap tahun ini telah dirasmikan pembukaannya bagi tahun 2015 oleh Dato’ Naib Canselor USIM, Y. Bhg. Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad di Kompleks Sukan USIM pada 13 Mei 2015.

Perasmian pada hari tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran kumpulan pancaragam askar yang didatangkan khas dari Melaka. Perbarisan yang mantap dipersembahkan oleh setiap gugusan menampakkan sokongan kepada peserta yang akan menyertai acara yang dipertandingkan.

Pada hari penutup pula iaitu pada 22 Mei 2015, acara sukaneka menjadi acara penutup yang diadakan di pavilion sekitar jam 4.00 petang. Piala Pusingan telah berjaya diraih oleh Gugusan D seterusnya menamatkan Kejuaraan berturut-turut oleh Gugusan A. Perasmian penutupan pada hari tersebut telah dirasmikan oleh Pendaftar USIM.

Bermula tahun 2015 ini, USIM telah dilantik sebagai Pusat Sukan Tumpuan (PST) Boling Padang. Pewujudan program ini adalah merupakan salah satu usaha untuk membangunkan sukan dengan lebih sistematik dan teratur serta melahirkan generasi ‘The Thinking Athelets(s)‘ di IPT.

Dengan bermulanya lantikan ini, Pusat Sukan USIM akan menerajui pembangunan sukan boling padang di peringkat IPT dan seterusnya membawa ke peringkat yang lebih tinggi. Seramai 16 orang atlet (8 orang lelaki dan 8 orang perempuan) IPT Malaysia telah dipilih berdasarkan dari beberapa siri kejohanan sepanjang tahun 2013 dan 2014. Sebagai permulaan, latihan telah dijalankan secara sistematik setiap bulan.

Bagi memantapkan lagi latihan, jurulatih dan penolong jurulatih yang berpengalaman telah dilantik bagi membantu dalam menjalani latihan tersebut.

Pada hujung Disember 2014 sehingga hujung Februari 2015, gelanggang futsal/ bola baling telah ditutup bagi memberi laluan kerja menaik taraf kemudahan tersebut. Kerja menaik taraf telah berjalan dengan lancar dan gelanggang futsal/ bola baling telah di buka semula awal Mac untuk kegunaan warga USIM. Semoga bersama-sama kita menjaga kemudahan sedia ada bagi keselesaan penggunaan di masa akan datang.

Pada 9 April 2015 yang lalu, majlis tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Sukan iaitu Majlis Anugerah Sukan USIM 2014 telah berlangsung bagi meraikan atlet-atlet yang telah meraih pingat di sepanjang kejohanan yang disertai bagi tahun 2014. Jurulatih yang memberikan prestasi yang cemerlang juga turut diberi penghargaan.

Sebanyak 17 anugerah utama dipertandingkan seperti:

  • Anugerah Olahragawan (Pelajar)
  • Anugerah Olahragawati (Pelajar)
  • Anugerah Olahragawan (Staf)
  • Anugerah Olahragawati (Staf)
  • Anugerah Bintang Harapan (Pelajar Lelaki)
  • Anugerah Bintang Harapan (Pelajar Wanita)
  • Anugerah Pasukan Terbaik (Pelajar Lelaki)
  • Anugerah Pasukan Terbaik (Pelajar Wanita)
  • Anugerah Pasukan Terbaik (Staf Lelaki)
  • Anugerah Pasukan Terbaik (Staf Wanita)
  • Anugerah Pasukan Harapan (Pelajar Lelaki)
  • Anugerah Pasukan Harapan (Pelajar Wanita)
  • Anugerah Jurulatih Terbaik
  • Anugerah Pengurus Terbaik
  • Anugerah Sekalung Budi
  • Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan
  • Anugerah Rakan Sukan

Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan telah diberikan kepada Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Asma Ismail, Ketua Pengarah JPT yang pernah menjadi mantan Naib Canselor USIM (2013 – 2014).

Bagi memeriahkan lagi majlis, Pusat Sukan menjemput En. Azlan Mubin sebagai pengacara majlis dan seramai lebih kurang 300 orang atlet telah hadir. Turut hadir juga Ketua PTJ bagi meraikan pelajar yang mendapat anugerah. Majlis bersurai jam 6.00 petang.

Sejumlah 50 unit basikal telah diserah kepada Pusat Sukan USIM oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan sempena Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Bersama MPP USIM. Majlis tersebut diadakan pada 17 April 2015 yang lepas bertempat di Lobi Pusat Sukan USIM bermula jam 10 pagi dan selesai sekitar jam 12.30 tengah hari bagi memberi persiapan sebelum solat jumaat. Turut menghadiri semasa masjlis tersebut Y. Bhg. Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM dan Y. Bhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin, Pengerusi LPU serta ahli-ahli JKPU yang lain. Terima kasih diucapkan dan semoga dengan adanya basikal baru ini dapat menarik minat warga USIM untuk beriadah di samping dapat menyihatkan badan.

Pada bulan April yang lepas, pasukan Pencak Silat USIM telah menyertai 6th UPSI International Pencak Silat Championship bermula 15 – 19 April 2015 bertempat di UPSI. Atlet-atlet yang terdiri dari kalangan pelajar ini amat menunjukkan pencapaian yang cemerlang dengan berjaya berjaya memperoleh 1 Emas, 1 Perak & 2 Gangsa.

Tahniah diucapkan kepada Ali Imran Che Yashin (Emas) dan Ily Izreen Mohammad Zaabah (Gangsa) dari FST, Ain Najwa Mohd Latif (Perak) dan Muhammad Yunus Shahidan (Gangsa) dari FKP. Semoga pencapaian mereka dapat membakar semangat atlet-atlet yang lain untuk terus gigih berusaha untuk mendapat kejayaan.

Sukan Antara Fakulti (SUFA) 2015 baru sahaja melabuhkan tirai dengan kejuaraan keseluruhan dirangkul oleh FST. Kejohanan dalaman Universiti dimulakan dengan Kejohanan SUFA 2015 yang bermula 4 April 2015 sehingga 25 April 2015. Acara sukan dipertandingkan hanya sepanjang hujung minggu dengan acara pembukaan minggu pertama adalah badminton, futsal, bola tampar, bola jaring, ping pong dan memanah. Manakala acara olahraga sebagai acara di minggu terakhir yang mana Majlis Penutup SUFA 2015 dan penyampaian hadiah diadakan selepas acara penutup tersebut. Disepanjang kejohanan SUFA 2015 memperlihatkan kesungguhan setiap fakulti menghantar wakil masing-masing untuk merebut piala pusingan keseluruhan dan acara sukan yang dipertandingkan.

Berikut adalah keputusan penuh SUFA 2015:

KONTINGEN EMAS PERAK GANGSA KE-4 JUMLAH MATA
FST 13 2 6 3 86
FMeD 6 7 4 3 62
FPBU 3 10 5 6 61
FEM 2 5 3 5 36
FKP 3 4 2 3 34
FPQS 1  – 7 2 21
FSU 1 1 2 7 19

Tahniah diucapkan kepada FST kerana telah tiga tahun berturut-turut memegang piala pusingan keseluruhan.

Shah Alam: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berpuas hati berada di tempat ketiga sekaligus menambah pingat gangsa dalam perlawanan bowling padang kategori fours lelaki yang berlangsung di Stadium Bowling Padang Bayuemas, Klang semalam.Menurut kapten pasukan, Nazirul Mubin berkata, mereka mampu sampai ke tahap ini disebabkan oleh latihan yang diberikan oleh jurulatih berpengalaman.“Walau siapa lawan kami, kami tetap akan lawan,” kata Nazirul yang ditemui selepas tamat perlawanan. USIM mendapat tempat ketiga selepas mengatasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).Sebelum itu, USIM memberikan saingan sengit dalam perlawanan separuh akhir apabila tewas kepada UiTM dengan perbezaan satu mata sahaja. Meskipun mereka dibarisi pemain-pemain yang kurang berpengalaman, mereka tetap melakukan yang terbaik.

Nilai : Kejohanan Golf Amal Piala Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia bakal diadakan pada 21 Disember 2013 di Kelab Golf Danau UKM, Bangi. Kejohanan Golf Amal ini adalah bertujuan untuk pengumpulan dana bagi pembangunan dan kebajikan Atlit USIM. Untuk maklumat mengenai kejohanan ini bolehlah menghubungi Pusat Sukan USIM di talian 06-9786134 atau 012-6677628 (Nur Ekmal Buhary). Bersamalah kita menjayakannya. “BERTANDING SAMBIL BERAMAL”

Bangi: Edisi ke-38 Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) telah jayanya dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. USIM turut serta menyertai dalam 8 acara sukan yang dipertandingkan. Dalam edisi kali ini USIM telah Berjaya memenangi 1 pingat Perak menerusi acara Tarik Tali dan 1 pingat Gangsa dari acara Bola Tampar Lelaki. Secara keseluruhannya USIM Berjaya menduduki tangga ke-14 daripada 21 pasukan yang bertanding. Syabas buat USIM.

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Ping Pong Universiti Sains Islam Malaysia yang telah memperolehi tempat Ke-4 dalam Kejohanan Ping Pong Liga IPT kali ke 3 2012 Piala Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang telah berlangsung di Universiti Islam Malaysia, Kuantan pada12 – 15 April 2012 yang lalu.

BERPASUKAN (Tempat Ke 4)

Mohamad Azam B. Ahmad Subandi

Muhammad Istiqlal B. Itam

Adilah Bt. Hamzah

 

BERGU WANITA (Tempat Ke 4)

Nik Ainul Mardhiyah Bt. Sulaiman

Wan Nur Syahirah Bt Fatanah

Tahniah diucapkan.

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Taekwondo Universiti Sains Islam Malaysia yang telah memperolehi 2 pingat Gangsa dalam Sukan Masum Siri 1 yang telah berlangsung di Universiti Malaysia Pahang pada 23 – 26 Februari 2012 yang lalu.

MOHD FATHI SAIFUL BAHRAIN (FST)

PINGAT GANGSA | MIDDLE WEIGHT LELAKI

RAJA NUR AISHAH RAJA MOHD ANUAR (FPQS)

UMMI HUSNI AMINAH MOHD HAZLI (FST)

UMMUL HASANAH MOHD BASIR (FEM)

PINGAT GANGSA | POOMSAE BERPASUKAN WANITA

Tahniah diucapkan.

Fakulti gabungan iaitu Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan dan Fakulti Pergigian mengekalkan kejuaraan sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Sukan Antara Fakulti 2011.

6 Disember 2010 – Pasukan Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) mendominasi acara berpasukan lelaki Kejohanan Bola Tampar Jemputan Piala Pendaftar Kali ke -3 USIM apabila meraih Johan dan Naib Johan kategori lelaki.

Kejohanan anjuran Pusat Sukan USIM itu telah diadakan di Kompleks Pusat Sukan USIM  dari 4 hingga 5 Disember 2010.  Sebanyak 19 pasukan dari luar menyertai kejohanan tahunan itu antaranya  Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KJLJD,  Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Universiti Teknologi Mara (UiTM), pasukan dari Sekolah Menegah Intergrasi Sabak Bernam dan beberapa pasukan dari kelab sekitar Lembah Kelang.

Kejohanan ini dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu kategori Lelaki dan Wanita.

Sebanyak RM 5,380.00 hadiah keseluruhan wang tunai yang telah ditawarkan bagi kejohanan ini.

Johan kategori lelaki  telah  membawa pulang wang tunai RM 1,000.00 berserta Medal dan Piala Pusingan manakala Johan bagi kategori wanita membawa pulang hadiah wang tunai  RM 700.00 beserta Medal juga Piala Pusingan.

Kejohanan yang  tujuan  untuk mewujudkan persaingan yang sihat disampingkan mengeratkan ikatan silaturahim diantara semua pasukan yang terlibat. Edisi pertama kejohanan ini telah dimulakan pada tahun 2007, diikuti 2009, dan 2010.

Dimasa akan datang pihak penganjur berhasrat untuk meningkatkan tahap penyertaan dengan turut mempertandingkan beberapa kategori antaranya kategori bawah umur 18 tahun dan IPT.

Pemenang-pemenang adalah seperti yang berikut mengikut kategori :

Kategori Lelaki

Johan                 –              RAMD B – RM 1,000.00

Naib Johan          –              RAMD A – RM 700.00

Ke – 3                –              KJLJD – RM 500.000

Keempat             –              UiTM

Kategori Wanita

Johan                 –              TLDM – RM 700.00

Naib Johan          –              KEPONG – RM 500.00

Ke – 3                –              KJLJD –RM 300.00

Keempat             –              UiTM

30 November 2010 – Pusat Sukan Universiti Sains Islam Malaysia untuk kali ke 3 bakal menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Jemputan Piala Pendaftar USIM 2010 dari 3-5 Disember ini di Kompleks Sukan Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai.
Kejohanan ini dijangka  bakal disertai oleh lebih 20 pasukan melibatkan 2 kategori iaitu :
Kategori lelaki dan wanita yang akan menawarkan hadiah serta wang tunai keseluruhan melebihi RM 3600 kepada para pemenang bagi semua kategori.
Kejohanan kali pertama dianjurkan sejak tahun 2007, diikuti pada tahun 2009 ini adalah sebahagian dari usaha Pusat Sukan USIM untuk mengeratkan hubungan yang sihat dikalangan agensi kerajaan dan institusi melalui penyertaan dalam aktiviti kesukanan.
Selain dari itu kejohanan ini juga adalah sebahagian dari program promosi sempena sambutan 10 tahun penubuhan USIM hingga Disember 2010.
Antara agensi dan institusi yang pernah menyertai dan bakal terlibat  dalam kejohanan tersebut ialah Rejimen Askar Melayu diRaja (RAMD ) Persatuan Bola Tampar Negeri Sembilan, Pasukan Kontingen Polis Negeri Sembilan , Jabatan Bomba dan Penyelamat,  Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Kajang, Institusi pengajian tinggi dari German Malaysian Institute, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi MARA (UITM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta beberapa kelab bola tampar persendirian sekitar lembah kelang.
Kejohanan ini turut mendapat sokongan dari pihak penaja iaitu PERMANIS (M) SDN BHD yang menaja minuman rasmi Gatorade sempena kejohanan tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan dann keterangan lanjut boleh berhubung dengan
Cik Siti Mastura Mat ( Penyelaras Program ) di talian 06-7986133/6134 atau 012 6330509