Berita Terkini

Login
Statistics
Visitors: 213176Who's Online
| LATAR BELAKANG PUSAT SUKAN |
|
|
|
| Written by Administrator | |
| Tuesday, 21 February 2006 | |
|
PUSAT SUKAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Fungsi, Perkhidmatan dan Kemudahan a. Sukan Massa - memberi khidmat dan galakkan dalam bentuk program sukan tempatan dan penglibatan sukan untuk semua di dalam kampus seperti program pembangunan dan penggalakan, penganjuran kejohanan serta khidmat nasihat berkaitan kepakaran aktiviti sukan yang disertai. Menjana warga USIM untuk mejadikan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai sebahagian dari gaya hidup sihat . c. Pendidikan Luar dan Rekreasi - memberikan khidmat dan sokongan dalam bentuk program berkaitan dengan aktiviti pendidikan luar, rekreasi seperti perkhemahan, kembara lasak dan sebagainya . a. Merancang dan mengendalikan program-program bercorak pembangunan sukan dan rekreasi seperti bengkel, kursus dan seminar bagi menyediakan individu yang berketrampilan dalam sahsiah, kepimpinan dan personaliti yang selari dengan keperluan universiti. Antara program tahunan yang dianjurkan seperti Kejohanan Sukan Antara Fakulti, Liga Mahasiswa, Program Penggalakan sukan dan sukan Staf Antara Jabatan. b. Menyedia dan merancang modul program bagi melahirkan bakal-bakal atlit, jurulatih, pegawai dan urusetia yang berkaitan dengan sukan yang diiktiraf dan berkemampuan. c. Melantik tenaga pakar seperti jurulatih bagi membimbing warga mahasiswa/i dengan kemahiran sukan dan rekaraesi yang sisitematik dan tersusun. Menyediakan lain-lain program yang bersesuaian dengan pembentukan ketrampilan dan sahsiah mahasiswa/i 3. Menyelaras Perlantikan dan Aktiviti Urusetia Sukan & Rekreasi Mahasiswa/i ( USRP ) Urusetia Sukan & Rekreasi Mahasiswa/i ( USRP ) -merupakan jawatankuasa sukan dan rekreasi yang dilantik di kalangan mahasiswa/i bagi membantu Unit Sukan dan Rekreasi merancang dan melaksanakan program serta aktiviti sepanjang tahun selain berkerjasama dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Kenajikan Siswa/siswi Asrama (JAKSA) melalui Exco Sukan masing-masing. Di samping itu, Pusat Sukan bertanggungjawab dalam : c. Membantu dan menasihat USRP dalam merancang dan melaksanakan program secara terus kepada mahasiswa/i selain mendapatkan input dan idea terus daripada mahasiswa/i. a. Unit Sukan dan Rekreasi juga menawarkan perkhidmatan peminjaman peralatan sukan dan rekresi di samping membantu menyelaraskan tempahan kemudahan gelanggang luar bagi tujuan aktiviti dan program yang berkaitan.
Pasukan dan Kelab berunsurkan Rekreasi
Pasukan dan Kelab berunsurkan Seni Bela Diri
KEMUDAHAN DAN GELANGGANG PERMAINAN Bagi memastikan setiap aktiviti dan program sukan dapat dilaksanakan, Pusat Sukan turut menawarkan kemudahan gelanggang, padang dan sukan kepada warga USIM untuk menjalani aktiviti sukan dan kecergasan : Antara kemudahan yang ditawarkan dipersekitaran Kompleks Sukan adalah :
termasuk kemudahan yang dilengkapi dengan lampu limpah :
Kemudahan terbaru yang bakal beroperasi April 2009 ialah Trek Sintetik bagi acara olahraga dan balapan yang dilengkapi dengan kemudahan sokongan iaitu Pavillion yang meliputi ruang tempat duduk penonton seramai 1000 orang, bilik persalinan dan tandas berkapasiti 100 orang, ruang serbaguna aktiviti untuk latihan pasukan seni bela diri dan sukan dalaman, 3 gelanggang sepak takraw, 1 gelanggang bola keranjang , 1 gelanggang bola tampar ,gimnasium kecergasan, surau, bilik mesyuarat, bilik aktiviti , stor alatan sukan dan rekreasi dan pejabat operasi pusat sukan. Kemudahan bagi sukan dalaman di Stadium Tertutup yang boleh menempatkan 4000 orang penonton bagi :
KEMUDAHAN SOKONGAN LAIN Kemudahan yang turut disediakan adalah termasuk peminjaman alatan sukan dan rekreasi seperti alatan perkhemahan dan sebagainya. Turut disediakan adalah kemudahan pinjaman basikal kepada warga USIM yang ingin menggunakannya di dalam kawasan kampus. Untuk keterangan dan maklumat lanjut berkaitan prosedur peminjaman alatan dan tempahan kemudahan boleh menghubungi kami seperti talian yang tertera dibawah : |
|
| Last Updated ( Thursday, 05 March 2009 ) |









