Lawatan Pelajar Permata Insan Kemasukan 2017

Lawatan 1Lawatan 2

10 Januari 2017 - Pusat Sukan telah menerima kunjungan dari pelajar Permata Insan bagi kemasukan tahun 2017. Mereka telah diberikan penerangan ringkas bagaimana untuk membuat tempahan dan menggunakan kemudahan di Pusat Sukan.

Seramai 60 orang pelajar telah dibawa bagi meninjau bilik gimnasium dan bilik basikal serta diberikan makluman berkaitan dengan etika berpakaian yang sepatutnya sebelum menggunakan kemudahan tersebut. Kemudian mereka dibawa ke gelanggang bola jaring, tenis, futsal, bola keranjang, bola tampar, takraw dan kawasan memanah.

PUSAT SUKAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6134 , Faks: +606 -798 6135, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.