KEJOHANAN PIALA PENDAFTAR 2010

 PPFTAR2010

30 November 2010 - Pusat Sukan Universiti Sains Islam Malaysia untuk kali ke 3 bakal menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Jemputan Piala Pendaftar USIM 2010 dari 3-5 Disember ini di Kompleks Sukan Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai.
Kejohanan ini dijangka  bakal disertai oleh lebih 20 pasukan melibatkan 2 kategori iaitu :
Kategori lelaki dan wanita yang akan menawarkan hadiah serta wang tunai keseluruhan melebihi RM 3600 kepada para pemenang bagi semua kategori.
Kejohanan kali pertama dianjurkan sejak tahun 2007, diikuti pada tahun 2009 ini adalah sebahagian dari usaha Pusat Sukan USIM untuk mengeratkan hubungan yang sihat dikalangan agensi kerajaan dan institusi melalui penyertaan dalam aktiviti kesukanan.
Selain dari itu kejohanan ini juga adalah sebahagian dari program promosi sempena sambutan 10 tahun penubuhan USIM hingga Disember 2010.
Antara agensi dan institusi yang pernah menyertai dan bakal terlibat  dalam kejohanan tersebut ialah Rejimen Askar Melayu diRaja (RAMD ) Persatuan Bola Tampar Negeri Sembilan, Pasukan Kontingen Polis Negeri Sembilan , Jabatan Bomba dan Penyelamat,  Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Kajang, Institusi pengajian tinggi dari German Malaysian Institute, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi MARA (UITM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta beberapa kelab bola tampar persendirian sekitar lembah kelang.
Kejohanan ini turut mendapat sokongan dari pihak penaja iaitu PERMANIS (M) SDN BHD yang menaja minuman rasmi Gatorade sempena kejohanan tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan dann keterangan lanjut boleh berhubung dengan
Cik Siti Mastura Mat ( Penyelaras Program ) di talian 06-7986133/6134 atau 012 6330509

PUSAT SUKAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6134 , Faks: +606 -798 6135, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.