SUKIPT 2014: USIM BERI SAINGAN

 lown bowls

Shah Alam: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berpuas hati berada di tempat ketiga sekaligus menambah pingat gangsa dalam perlawanan bowling padang kategori fours lelaki yang berlangsung di Stadium Bowling Padang Bayuemas, Klang semalam.Menurut kapten pasukan, Nazirul Mubin berkata, mereka mampu sampai ke tahap ini disebabkan oleh latihan yang diberikan oleh jurulatih berpengalaman.“Walau siapa lawan kami, kami tetap akan lawan,” kata Nazirul yang ditemui selepas tamat perlawanan. USIM mendapat tempat ketiga selepas mengatasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).Sebelum itu, USIM memberikan saingan sengit dalam perlawanan separuh akhir apabila tewas kepada UiTM dengan perbezaan satu mata sahaja. Meskipun mereka dibarisi pemain-pemain yang kurang berpengalaman, mereka tetap melakukan yang terbaik.

PUSAT SUKAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6134 , Faks: +606 -798 6135, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.