PENYERAHAN BASIKAL OLEH MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

 Basikal MB

Sejumlah 50 unit basikal telah diserah kepada Pusat Sukan USIM oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan sempena Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Bersama MPP USIM. Majlis tersebut diadakan pada 17 April 2015 yang lepas bertempat di Lobi Pusat Sukan USIM bermula jam 10 pagi dan selesai sekitar jam 12.30 tengah hari bagi memberi persiapan sebelum solat jumaat. Turut menghadiri semasa masjlis tersebut Y. Bhg. Profesor Dato' Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM dan Y. Bhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor Hj. Husin, Pengerusi LPU serta ahli-ahli JKPU yang lain. Terima kasih diucapkan dan semoga dengan adanya basikal baru ini dapat menarik minat warga USIM untuk beriadah di samping dapat menyihatkan badan.

PUSAT SUKAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6134 , Faks: +606 -798 6135, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.