MAJLIS ANUGERAH SUKAN USIM 2014

ASUM

 ASUM  

Pada 9 April 2015 yang lalu, majlis tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Sukan iaitu Majlis Anugerah Sukan USIM 2014 telah berlangsung bagi meraikan atlet-atlet yang telah meraih pingat di sepanjang kejohanan yang disertai bagi tahun 2014. Jurulatih yang memberikan prestasi yang cemerlang juga turut diberi penghargaan.

Sebanyak 17 anugerah utama dipertandingkan seperti:

  • Anugerah Olahragawan (Pelajar)
  • Anugerah Olahragawati (Pelajar)
  • Anugerah Olahragawan (Staf)
  • Anugerah Olahragawati (Staf)
  • Anugerah Bintang Harapan (Pelajar Lelaki)
  • Anugerah Bintang Harapan (Pelajar Wanita)
  • Anugerah Pasukan Terbaik (Pelajar Lelaki)
  • Anugerah Pasukan Terbaik (Pelajar Wanita)
  • Anugerah Pasukan Terbaik (Staf Lelaki)
  • Anugerah Pasukan Terbaik (Staf Wanita)
  • Anugerah Pasukan Harapan (Pelajar Lelaki)
  • Anugerah Pasukan Harapan (Pelajar Wanita)
  • Anugerah Jurulatih Terbaik
  • Anugerah Pengurus Terbaik
  • Anugerah Sekalung Budi
  • Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan
  • Anugerah Rakan Sukan

Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan telah diberikan kepada Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Asma Ismail, Ketua Pengarah JPT yang pernah menjadi mantan Naib Canselor USIM (2013 - 2014).

Bagi memeriahkan lagi majlis, Pusat Sukan menjemput En. Azlan Mubin sebagai pengacara majlis dan seramai lebih kurang 300 orang atlet telah hadir. Turut hadir juga Ketua PTJ bagi meraikan pelajar yang mendapat anugerah. Majlis bersurai jam 6.00 petang.

PUSAT SUKAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6134 , Faks: +606 -798 6135, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.