USIM DILANTIK SEBAGAI PUSAT SUKAN TUMPUAN (PST) BOLING PADANG

Bermula tahun 2015 ini, USIM telah dilantik sebagai Pusat Sukan Tumpuan (PST) Boling Padang. Pewujudan program ini adalah merupakan salah satu usaha untuk membangunkan sukan dengan lebih sistematik dan teratur serta melahirkan generasi 'The Thinking Athelets(s)' di IPT.

Dengan bermulanya lantikan ini, Pusat Sukan USIM akan menerajui pembangunan sukan boling padang di peringkat IPT dan seterusnya membawa ke peringkat yang lebih tinggi. Seramai 16 orang atlet (8 orang lelaki dan 8 orang perempuan) IPT Malaysia telah dipilih berdasarkan dari beberapa siri kejohanan sepanjang tahun 2013 dan 2014. Sebagai permulaan, latihan telah dijalankan secara sistematik setiap bulan.

Bagi memantapkan lagi latihan, jurulatih dan penolong jurulatih yang berpengalaman telah dilantik bagi membantu dalam menjalani latihan tersebut.

PUSAT SUKAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6134 , Faks: +606 -798 6135, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.