SUKAN ANTARA JABATAN USIM 2015

Pertandingan Karem Sukaneka

Baru-baru ini, Pusat Sukan USIM telah menganjurkan Sukan Antara Jabatan USIM 2015 bermula 11 Mei hingga 22 Mei 2015. Kejohanan yang diadakan setiap tahun ini telah dirasmikan pembukaannya bagi tahun 2015 oleh Dato' Naib Canselor USIM, Y. Bhg. Profesor Dato' Dr. Musa Ahmad di Kompleks Sukan USIM pada 13 Mei 2015.

Perasmian pada hari tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran kumpulan pancaragam askar yang didatangkan khas dari Melaka. Perbarisan yang mantap dipersembahkan oleh setiap gugusan menampakkan sokongan kepada peserta yang akan menyertai acara yang dipertandingkan.

Pada hari penutup pula iaitu pada 22 Mei 2015, acara sukaneka menjadi acara penutup yang diadakan di pavilion sekitar jam 4.00 petang. Piala Pusingan telah berjaya diraih oleh Gugusan D seterusnya menamatkan Kejuaraan berturut-turut oleh Gugusan A. Perasmian penutupan pada hari tersebut telah dirasmikan oleh Pendaftar USIM.

PUSAT SUKAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6134 , Faks: +606 -798 6135, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.