FITUNI @ USIM dengan YB Khairy Jamaludin

FITUNI @ USIMFITUNI @ USIM

Pada 4 Oktober 2015 iaitu pada hari Ahad di Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM, telah berlangsung satu program aktiviti iaitu FITUNI @ USIM dengan YB Khairy Jamaludin dan telah mendapat sambutan hangat dari kalangan pelajar. Dianggarkan lebih dari 500 penyertaan dari kalangan pelajar dan kakitangan turut hadir bagi memeriahkan program tersebut. Program bermula sekitar jam 8.30 pagi tetapi kehadiran mulai penuh jam 745 pagi.

Keadaan yang berjerebu dan telah mencapai kadar tidak sihat memaksa aktiviti senamrobik dibatalkan. Walaupun begitu, keadaan tersebut tidak mematahkan semangat warga USIM untuk hadir bersama bagi meraikan kehadiran YB Khairy Jamaludin yang kali pertama datang ke USIM. Menteri Sukan sempat memberi kata-kata membakar semangat untuk terus bersenam dan melakukan aktiviti riadah bagi meningkatkan taraf kesihatan dan beliau mengumumkan pada 10 Oktober 2015 adalah Hari Sukan Negara.

Program diteruskan dengan pertunjukan silat seni, pertunjukan frisbee dan cabutan bertuah. Program berakhir sekitar jam 11.30 pagi.

PUSAT SUKAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6134 , Faks: +606 -798 6135, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.