Fungsi & Perkhidmatan

 
1.  Bertanggungjawab memberi khidmat dalam bidang sukan dan rekreasi kepada mahasiswa/i secara  individu mahupun di dalam  bidang-bidang seperti berikut :

 a.

Sukan Massa

Memberi  khidmat  dan  galakkan  dalam  bentuk program sukan tempatan dan penglibatan sukan  untuk  semua  di dalam  kampus seperti  program pembangunan dan penggalakkan, penganjuran  kejohanan  serta khidmat  nasihat  berkaitan  kepakaran  aktiviti sukan yang disertai.  Menjana warga  USIM  untuk  menjadikan  aktiviti sukan dan kecergasan sebagai sebahagian dari gaya hidup sihat.

 b. Sukan Prestasi Tinggi

Memberikan khidmat kepada mahasiswa/i berkaitan program sukan dan permainan peringkat tinggi seperti sukan yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan atau inter varsiti, mewakili universiti, negeri atau negara termasuk dari segi program pemilihan atlet, perlantikan jurulatih dan pengurus pasukan.

 c. Pendidikan Luar dan Rekreasi

Memberikan khidmat dan  sokongan dalam bentuk program berkaitan dengan aktiviti pendidikan luar, rekreasi seperti perkhemahan, kembara lasak dan sebagainya.

2.  Menyelaras dan Memantau Program-program Pembangunan dan Latihan

 a. Merancang dan mengendalikan program-program bercorak pembangunan sukan dan rekreasi seperti bengkel, kursus dan seminar bagi menyediakan individu yang berketrampilan dalam sahsiah, kepimpinan dan personaliti yang selari dengan keperluan universiti. Antara program tahunan yang dianjurkan seperti Kejohanan Sukan Antara Fakulti, Liga Mahasiswa, Majlis Anugerah Sukan USIM, Program Penggalakan Sukan dan Sukan Staf Antara Jabatan.

 b.

Menyedia dan merancang modul program bagi melahirkan bakal-bakal atlet, jurulatih, pegawai dan urusetia yang berkaitan dengan sukan yang diiktiraf dan berkemampuan.

 c. Melantik tenaga pakar seperti jurulatih bagi membimbing warga mahasiswa/i dengan kemahiran sukan dan rekreasi yang sisitematik dan tersusun. Menyediakan lain-lain program yang bersesuaian dengan pembentukan ketrampilan dan sahsiah mahasiswa/i.
 

3.  Menyelaras Perlantikan dan Aktiviti Urusetia Sukan & Rekreasi Mahasiswa/i (USRP)

Urusetia Sukan & Rekreasi Mahasiswa/i ( USRP )

Merupakan jawatankuasa sukan dan rekreasi yang dilantik di kalangan mahasiswa/i  bagi membantu Unit Sukan dan Rekreasi merancang dan melaksanakan program serta aktiviti sepanjang tahun selain berkerjasama dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Kebajikan Siswa/Siswi Asrama (JAKSA) melalui Exco Sukan masing-masing.

Di samping itu, Pusat Sukan bertanggungjawab dalam :
 
 a. Melaksanakan proses perlantikan Urusetia Sukan & Rekreasi Mahasiswa/i  melalui proses iklan dan temuduga.

 b.

Membantu dan menasihat USRP dalam merancang dan melaksanakan program secara terus kepada mahasiswa/i selain mendapatkan input dan idea terus daripada mahasiswa/i.

 c. Mengadakan latihan bercorak bimbingan kepada USRP dari masa ke semasa terutama yang berkaitan dengan aktiviti penganjuran sukan dan rekreasi.
 

4.  Menyokong serta meluluskan peminjaman peralatan dan kemudahan  sukan dan rekreasi kepada warga mahasiswa/i dalam melaksanakan program sukan dan rekreasi.

 a. Unit Sukan dan Rekreasi juga menawarkan perkhidmatan peminjaman peralatan sukan dan rekresi di samping membantu menyelaraskan tempahan kemudahan gelanggang luar bagi tujuan aktiviti dan program yang berkaitan.

 b.

Selain dari kemudahan luar seperti gelanggang bola tampar, bola sepak, bola jaring, ping-pong dan sebagainya, pihak Pusat Sukan  juga menyelaraskan tempahan penggunaan bilik latihan kecergasan di kampus USIM.

 
5.  Penggalakkan Kepada Penyertaan Pasukan dan Kelab berunsurkan Sukan dan Rekreasi

Bagi menggalakkan penyertaan mahasiswa/i dalam aktiviti berpersatuan atau organisasi berunsurkan sukan dan rekreasi, Pusat Sukan menawarkan beberapa pilihan menyertai organisasi dan pasukan seperti berikut:    

Pasukan dan Kelab berunsurkan Permainan

  • Bola Sepak
  • Bola Jaring
  • Bola Tampar
  • Bola Baling
  • Ping-Pong
  • Sepak Takraw
  • Badminton
  • Hoki
  • Ragbi
  • Olahraga
  • Tenpin Boling
  • Boling Padang
  • Pasukan Memanah
  • Golf

Pasukan dan Kelab berunsurkan Rekreasi

  • Kelab Pendidikan Luar dan Rekreasi
  • Permainan Dalam
  • Mendayung dan Berkayak
  • Kelab Kecergasan

Pasukan dan Kelab berunsurkan Seni Bela Diri

  • Pasukan Taekwando
  • Pasukan Silat Olahraga

PUSAT SUKAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6134 , Faks: +606 -798 6135, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.