Adalah dimaklumkan pihak Pusat Sukan akan mengadakan Majlis Anugerah Sukan USIM 2019. Tujuan majlis ini adalah sebagai penghargaan kepada atlet-atlet USIM yang telah mewakili USIM dan mendapat pingat di kejohanan sepanjang tahun 2019.

Sehubungan itu, pada tahun ini Pusat Sukan membuka pencalonan kepada semua staf ataupun pelajar untuk mencalonkan rakan-rakan yang berkelayakan untuk menerima anugerah mengikut kritiria yang telah ditetapkan.

Maklumat adalah seperti berikut (sila klik untuk ke pautan):

Kritiria Pencalonan Anugerah Sukan USIM

Borang Pencalonan Pasukan

Borang Individu I (Pencalonan Olahragawan, Olahragawati dan Bintang Harapan)

Borang Individu II (Pencalonan Pengurus dan Jurulatih)

Borang yang telah lengkap diisikan mohon untuk dihantar ke Pusat Sukan selewat-lewatnya pada 6 Mac 2020 (Jumaat)