Berikut adalah maklumat berkaitan tempahan bagi staf dan pelajar USIM:
Peralatan Sukan
Staf atau pelajar yang hendak memohon peralatan sukan seperti bola sepak, bola futsal dan lain-lain hendaklah datang ke kaunter mengisi Borang Pinjaman Peralatan Sukan.
Padang Stadium/ Padang Bola Sepak A dan B
Staf atau pelajar yang ingin menggunakan kemudahan tersebut hendaklah datang ke Pusat Sukan bagi menyemak jadual penggunaan padang agar tidak berlaku pertindihan program/ aktiviti.
Gelanggang Futsal/ Bola Baling/ Bola Jaring/ Bola Tampar/ Tenis/ Takraw
Bagi penggunaan pada waktu siang, staf atau pelajar boleh terus menggunakan gelanggang mengikut kepada kekosongan gelanggang pada waktu tersebut, tempahan pada waktu siang diutamakan kepada program/ aktiviti rasmi dan latihan pusat ke kejohanan sahaja. Manakala tempahan pada waktu malam adalah pada hari bekerja sahaja tidak termasuk cuti umum bermula jam 8.30 – 10.30 malam.
Basikal
Penggunaan basikal adalah pada hari bekerja. Waktu pengeluaran basikal pagi adalah pada jam 8.30 – 9.15 pagi dan petang pada 3.00 – 6.15 petang, pemulangan pinjaman basikal adalah sebelum jam 6.45 petang. Bagi tempahan untuk program/ aktiviti rasmi pula, staf atau pelajar perlu mengemukakan surat rasmi kepada Pengarah Pusat Sukan.