Mentadbir dan mengurus hal ehwal pentadbiran, aset, inventori keperluan pejabat dan kemudahan unit serta menguruskan segala perolehan dan sebutharga.
Menyediakan kemudahan fasiliti dan peralatan sukan serta memastikan keadaan baik dan selamat untuk digunakan disamping menguruskan sewaan fasiliti dan peralatan sukan bagi tujuan penjanaan.
Berfungsi dalam membuat saringan pemilihan atlet baru dari kalangan warga universiti serta melantik jurulatih yang berpengalaman dalam menggilap bakat dan latihan.
Berfungsi dalam menguruskan sukan dalaman berbentuk sukan untuk semua bagi warga USIM dan mengimarahkan konsep riadah & rekreasi