media 1.jpg
KEJOHANAN GOLF AMAL PIALA TUANKU NAJIHAH EDISI KE 2 2010 Print E-mail
Written by usr   
Wednesday, 27 January 2010

KEJOHANAN GOLF AMAL PIALA TUANKU NAJIHAH

25 Januari 2010- Pusat Sukan dan Kelab Golf Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi akan menganjurkan edisi ke 2 Kejohanan Golf Amal Piala Tuanku Najihah 2010 bersempena dengan sambutan 10 tahun USIM pada 26 Jun 2010  ( Sabtu ) di  Nilai Golf Spring & Country (NSGC).  

Kejohanan yang juga bakal di sertai oleh YMM Tuanku Najihah selaku Canselor USIM dijangka akan turut disertai beberapa orang kenamaan dan tokoh korporat yang bakal menyerikan dan menjayakan kejohanan tersebut.

Pada edisi pertama yang dilangsungkan pada 19 Mei 2007  juga di NSGC seramai lebih 140 orang peserta telah menyertai kejohanan tersebut yang turut menawarkan hadiah hole in one sebuah kereta mewah Mercedes B-Class B170 yang bernilai RM 200,000.00 dengan jumlah keseluruhan hadiah yang dimenangi melebihi  RM 12,000.00. Kejohanan ini disamping mendapat komitmen dari seluruh warga IPT dan syarikat korporat telah berjaya mengutip dana untuk membantu para pelajar USIM yang kurang berkemampuan serta membantu dari aspek kewangan dan pembelajaran . 

kepada yang berminat dan ingin menyertai kejohanan ini sambil beramal mahupun menaja, boleh menghubungi

Sekretariat Kejohanan Golf Piala Tuanku Najihah 2010 di Pusat Sukan USIM di talian 06-7986134/6133/6131 atau menghubungi Nur Ekmal Buhary   di talian 012-6677628 atau Sulaiman Hassan di talian  017-3115997

Untuk mengimbas rentetan Kejohanan Edisi 2007 layari
http://egallery.usim.edu.my/index.php?album=tahun-2007%2FMei%2F19+Mei+2007+-+PERTANDINGAN+GOLF+AMAL+PIALA+TUANKU+NAJIHAH

Last Updated ( Friday, 12 February 2010 )
 
PUSAT SUKAN USIM ANJUR KEJOHANAN BOLA TAMPAR PIALA PENDAFTAR 2009 SEMPENA SAMBUTAN 10 TAHUN USIM Print E-mail
Written by usr   
Tuesday, 10 November 2009

PUSAT SUKAN USIM ANJUR KEJOHANAN BOLA TAMPAR PIALA PENDAFTAR 2009 SEMPENA SAMBUTAN 10 TAHUN USIM
 
06 November 2009 - Pusat Sukan Universiti Sains Islam Malaysia bakal menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Jemputan Piala Pendaftar USIM 2009 dari 13-15 November ini di Kompleks Sukan USIM di Nilai.
 
Kejohanan yang bakal disertai oleh lebih 20 pasukan itu akan melibatkan 2 kategori iaitu :
 
Kategori lelaki dan wanita yang akan menawarkan hadiah serta wang tunai lebih RM 3000 kepada para pemenang bagi semua kategori.
 
Kejohanan kali kedua dianjurkan sejak tahun 2007 ini adalah sebahagian dari usaha Pusat Sukan USIM untuk mengeratkan hubungan yang sihat dikalangan agensi kerajaan dan institusi melalui penyertaan dalam aktiviti kesukanan.
 
Selain dari itu kejohanan ini juga adalah sebahagian dari program promosi sempena sambutan 10 tahun penubuhan USIM yang baru-baru ini  dilancarkan oleh Tuanku Canselor USIM  bermula November hingga Disember 2010.
 
Antara agensi dan istitusi yang terlibat dalam kejohanan tersebut ialah Pasukan Kontingen Polis Negeri Sembilan , Jabatan Bomba dan Penyelamat, Majlis Perbandaran Nilai, Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Kajang, Jabatan Kerjaraya Sepang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Jabatan Penjara Kajang dan Jelebu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
 
Untuk sebarang pertanyaan dann keterangan lanjut boleh berhubung dengan
Cik Siti Mastura Mat ( Penyelaras Program ) di talian 06-7986133/6134 atau 012 6330509 atau layari http://infosukan.usim.edu.my atau pertanyaan melalui This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it

 
LARIAN LANGKAH GEMILANG USIM Print E-mail
Written by usr   
Thursday, 16 July 2009
 

LARIAN LANGKAH GEMILANG BERSAMAMU USIM

SEMPENA PESTA KONVOKESYEN 2009 SERTA

MENJELANG SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 10 USIM

ANJURAN
URUSETIA SUKAN & REKREASI PELAJAR (USRp)
DENGAN KERJASAMA
PUSAT SUKAN USIM
TARIKH :
2 OGOS 2009 ( AHAD) 7.00 PAGI
PAVILION KOMPLEKS
SUKAN USIM
 
KATEGORI : PELAJAR & KAKITANGAN
LELAKI /WANITA
JARAK LARIAN :
 LELAKI 5.7 KM / WANITA 3.5 KM
MERENTASI KAMPUS
HADIAH MENARIK DI SEDIAKAN TERMASUK CABUTAN BERTUAH
BERUPA BARANGAN SUKAN & BASIKAL
PENYERTAAN : PERCUMA
KEPADA YANG BERMINAT BOLEH MENGHUBUNGI
URUSETIA PROGRAM DI TALIAN 06 7986134/6133/6132
ATAU AMIRUL 013 2167179
NASRA 013 2156524

 
KEJOHANAN BOLA JARING TERBUKA USIM 2009 Print E-mail
Written by usr   
Wednesday, 08 July 2009
7 Julai 2009 - Pusat Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bakal menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Terbuka USIM 2009 pada 25-26 Julai ini di Nilai Negeri Sembilan. Kejohanan yang julung kali dianjurkan ini turut mendapat kerjasama dan sokongan padu dari Majlis Sukan Negeri Sembilan.

Anggaran Jumlah Penyertaan

Sebanyak 60 pasukan dari 3 kategori dijangka bakal menyertai kejohanan ini dengan menawarkan RM 6500 hadiah wang tunai keseluruhan untuk dibawa pulang oleh para pemenang.
Antara kategori yang bakal dipertandingkan ialah :

1. Bawah 18 tahun ( untuk kategori sekolah menengah )
2. Bawah 21 tahun ( bagi kategori Terbuka IPT )
3. Terbuka Wanita

Hadiah

Johan bagi kategori bawah 18 tahun bakal menerima RM 500 dan medal, Naib Johan RM300, sementara tempat ke 3 dan ke emapat akan membawa pulang wang tunai RM 200 dan RM 100.
Bagi kategori IPT dan Terbuka Johan bakal membawa pulang masing-masing RM 1000 sementara Naib Johan 700, sementara tempat ke 3 dan ke emapat akan membawa pulang wang tunai RM 500 dan RM 400
* Hadiah wang tunai yang dinyatakan tertakluk kepada jumlah penyertaan


Maklumat Penyertaan
 
Kepada mana-mana pasukan yang berminat untuk menyertai kejohanan ini serta syarat pertandingan boleh berhubung dengan urusetia kejohanan melalui

Pusat Sukan USIM ditalian 06-7986132/6134
atau menghubungi :
Saleza : 016-5486433 
Farhana : 019-3689902
Munirah : 019-3676304
Last Updated ( Saturday, 11 July 2009 )
 
KEPUTUSAN PENUH SUKAN ANTARA FAKULTI (SUFA) 2009 Print E-mail
Written by usr   
Thursday, 26 March 2009
 

 

    KEPUTUSAN PENUHSUKAN ANTARA FAKULTI 2009 
ACARAEMASPERAKGANGSAKE-4
BADMINTON BERPASUKAN CAMPURANFSUFKPFPQSFEM
TENPIN BOLING LELAKIFMeD “A”FPQS “B”FSU “A”FPQS “A”
TENPIN BOLING WANITAFSU “B”FSU “A”FMeD “B”FMeD “A”
SEPAK TAKRAWFKPFEMFPQSFPBU
BOLA JARINGFSTFEMFKPFMeD
MEMANAH LELAKIFSUFPQSFEMFPBU
MEMANAH WANITAFSTFSUFPQS-
BOLA BALING LELAKIFSUFSTFKP-
BOLA BALING WANITAFSTFEMFPQSPT
BOLA SEPAKFPQSFSUFEMFMeD
TENIS BERPASUKANFEMFSUFSTFPQS
BOLA TAMPAR LELAKIFPQSFKPFSUFEM
BOLA TAMPAR WANITAFKPFSTFSUPT
PING PONG BERPASUKANFSUFEMFKPFMeD
CATUR TERBUKAFSUFMeDFEMFKP
BOLING PADANG LELAKIFPQSFSUFPBUFST
BOLING PADANG WANITAFSUFSTFPBUFMeD
FUTSAL LELAKIFPQSFKPFSU FEM
FUTSAL WANITAFEMFKPFSTFPBU
FRISBEE LELAKI FEMFST & FSU--
FRISBEE WANITAFSUFSTFEMFKP
ROAD RELAY LELAKIFMeD “A”PT “B”FST “A”FMeD “B”
ROAD RELAY WANITAFMeD “A”FEM “A”FSU “A”FSU “B”
           

 

     KEDUDUKAN AKHIR PUNGUTAN PINGAT DAN MATA KESELURUHAN  
KONTINGENEMAS( 5 )PERAK( 3 )GANGSA( 2 )KE – 4( 1 )MATA
FSU865*8*112**
FMeD3*116*79**
FEM35*4369**
FST353*162**
FPQS424260**
FKP243249**
PT-1*-245**
FPBU--239**
   JUARA KESELURUHAN   : FAKULTI SYARIAH DAN  UNDANG – UNDANG     * mata bagi acara Road Relay Lelaki dan Wanita diberikan mengikut format berbeza daripada Per. 10.4.1 Peraturan Am SUFA (m/s 4). Ia mengikut Per. 5.2.1 Peraturan Road Relay SUFA 2009 (m/s 40)** termasuk mata bagi acara Road Relay Lelaki dan Wanita    

 

Last Updated ( Thursday, 26 March 2009 )
 
USIM ANJUR TARIK TALI TERBUKA 2009 Print E-mail
Written by usr   
Friday, 06 March 2009
6 Mac 2009-  Pada 28 Mac ( sabtu ) bermula jam 8.00 pagi  bertempat di Kompleks Sukan USIM, bakal berlangsung Kejohanan Tarik Tali Terbuka USIM 2009 bertempat di kampus Utama di Nilai Negeri Sembilan.
Kejohanan yang dianjurkan oleh Pasukan Tarik Tali USIM dikendalikan bersama oleh Bahagian Keselamatan serta  Pusat Sukan USIM turut mendapat sokongan dari Majlis Sukan Kakitangan USIM.  Kejohanan yang julung kali dipertandingkan ini bakal disertai lebih dari 30 pasukan dari seluruh negara termasuk dari agensi kerajaan, Kelab , IPTA dan pasukan badan beruniform.
2 kategori akan dipertandingkan iaitu Kategori Awam yang terdiri dari dan Terbuka Beruniform termasuk ATM, Bomba dan PDRM. Sementara itu menurut En. Abdul Wahab Mat Zin selaku Pengerusi Kejohanan tersebut menyatakan kejohanan ini adalah sebahagian dari program persediaan kepada pasukan tarik talik USIM dan pasukan dari IPTA yang lain untuk menyertai Kejohanan Sukan Staf IPTA kali ke 35 di Universiti Malaysia Terenganu Jun ini.  Kita optimis untuk melihat jauh kejohanan seperti ini bakal memberi pendedahan kepada pasukan yang akan bertanding untuk kejohanan yang lebih besar lagi.
Johan bagi setiap kategori bakal memenagi hadiah wang tunai RM 2000 selain medal dan beberapa hadiah menarik melalui pelbagai aktiviti dan cabutan bertuah oleh pihak penganjur. Kepada yang berminat boleh menghubungi Setiausaha Kejohanan En. Rozaimi di talian 012 6731638 atau talian 06-7988065 /8062 / 8070 atau layari laman web Pusat Sukan USIM di www.infosukan.usim.edu.my
Semua warga USIM dan orang ramai dijemput hadir
Last Updated ( Friday, 06 March 2009 )
 
LARIAN PERDANA DAN PROGRAM SENAM CERGAS SENI SEMPENA MINGGU INTEGRITI USIM Print E-mail
Written by usr   
Saturday, 21 February 2009

21 Februari 2009 - Bersempena dengan Program Minggu Integeriti Pelajar USIM dari 23 hingga 27 Februari ini, pusat sukan USIM turut bersama memeriahkan pengisian program tersebut dengan menganjurkan Larian Perdana serta Program Senam Cergas Seni yang akan berlangsung dikampus utama pada 25 Februari 2009 bermula jam 5.00 petang.

Program tersebut akan dimulakan dengan Larian Perdana bermula di Dataran Pusat Kemudahan Pelajar sehingga ke Kompleks Sukan yang akan diikuti dengan Senam Cergas Seni.  Larian Perdana ini yang akan di sertai oleh ratusan mahasiswa akan berlari membawa Jalur Gemilang dan Baton Ikrar Integeriti melalui beberapa fakulti utama di USIM.

Disamping itu juga program tersebut akan turut dimeriahkan dengan pertunjukan dan demonstrasi sukan Paraglider yang akan bermula dari jam 2.00-6.00 petang yang akan terbang mengelilingi kampus dan kawasan persekitaran Nilai bagi mempromosikan program tersebut.

Kepada semua peminat sukan dan mahasiswa dan kakitangan dijemput hadir menyertai program tersebut dengan berpakaian sukan yang kemas dan lengkap.

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN WARGA PUSAT SUKAN DITALIAN 06-798 6134/6133/6132/6131

AYUH SEMUA KITA BERSAMA MENJAYAKANNYA....... 

 

 

 

Last Updated ( Saturday, 21 February 2009 )
 
PEMBUKAAN KAUNTER OPERASI PUSAT SUKAN Print E-mail
Written by usr   
Wednesday, 04 February 2009

PEMBUKAAN KAUNTER OPERASI
PUSAT SUKAN

Bagi membantu melicinkan urusan tempahan kemudahan
dan peminjaman alatan sukan serta urusan berkaitan perkhidmatan,
 Pihak Pusat Sukan akan melaksanakan
operasi kaunter yang akan turut dibuka
d ari jam 1.00-2.00 petang (ISNIN-KHAMIS)
12.15-1.00 petang ( JUMAAT)
berkuatkuasa 3 Februari 2009
 
PASUKAN TENPIN BOLING STAF USIM LANCAR BLOG Print E-mail
Written by usr   
Wednesday, 04 February 2009

3 Februari 2009- Syabas dan tahniah kepada pasukan tenpin boling staf usim atas usaha mewujudkan ruangan interkatif untuk menyalurkan info terkini berkaitan aktiviti pasukan tenpin boling staf USIM... kepada yang berminat layari :

http://pasukan10pinbowlingusim.blogspot.com/

 

Last Updated ( Thursday, 05 February 2009 )
 
SUKAN STAF ANTARA JABATAN USIM 2009 Print E-mail
Written by usr   
Monday, 02 February 2009

2 Februari 2009 - Majlis Sukan Kakitangan USIM ( MSKUSIM ) akan menganjurkan Kejohanan Sukan Staf Antara Jabatan 2008 dijangka pada 10 hingga 26 Februari ini di sekitar kampus USIM di Bandar Baru Nilai.  Menurut sumber dari Pusat Sukan pada tahun ini pihak Pusat Sukan akan mengemukakan kepada JK Majlis  untuk menganjurkan 17 acara seperti musim lalu dan tambahan 5 acara pada kali ini. Acara yang bakal dipertandingkan ialah :
Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Tampar L/W, Ping Pong Berpasukan, Catur Terbuka, Carom berpasukan, Tarik Tali dan  Badminton Campuran, sepak takraw, boling padang, Petanque berpasukan , Tenpin Boling, Futsal, Tenis berpasukan dan Golf.  Kejohanan ini juga bakal menjadi rujukan serta penilaian untuk memilih kakitangan USIM yang berbakat untuk menyertai Kejohanan Sukan Staf IPTA 2009 di Universiti Malaysia Terengganu Jun ini. 

Kepada yang berminat untuk menyertai kejohanan tersebut sila hubungi pihak urusetia di talian 06-7986134/6133/6132/6131 atau bersiap sedia dengan  kontingen masing-masing seperrti butiran berikut :


Zon Perkhidmatan ( Unit IT, Unit Pembangunan, Perpustakaan,HEP )
 
Zon Pentadbiran ( Bangunan PTM, Bendahari,Canselori,Pendaftar)

Zon Akademik 1 ( FSU,FQS,INFAD,FPBU,FPSK,PPS)
     
Zon akademik 2 ( FKP,FEM,FST,TAMHIDI,PPU,PPPP)

Last Updated ( Monday, 02 February 2009 )
 
PUSAT SUKAN ANJUR KEJOHANAN SEPAK TAKRAW JEMPUTAN Print E-mail
Written by usr   
Friday, 23 January 2009

23 Januari 2009 - Pusat Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memulakan kalender penganjurann aktiviti sukannya apabila bakal menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Jemputan USIM 2009 yang akan diadakan pada 31 Januari dan 1 Februari 2009 bertempat di satdium Tertutup Nilai Negeri Sembilan.

Kejohanan julung kali yang diadakan ini adalah sebahagian dari komitmen Pusat Sukan USIM untuk menggalakkan  pembudayaan aktiviti sukan di peringkat dalaman dan jemputan bagi memberi peluang semua pihak yang terdiri dari warga USIM dapat menyertai persaingan melalui penglibatan dari agensi luar.

Sebanyak 32 pasukan dari sekitar Lembah Kelang dan Negeri Sembilan yang terdiri dari IPTA, IPTS, Majlis kerajaan tempatan serta pelbagai agensi bakal  menyertai kejohanan ini yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM 1800

Menurut sumber rasmi Pusat Sukan, penganjuran kejohanan sepak takraw seperti ini
mempunyai tarikan dan peminat tersendiri kerana ia merupakan sukan tradisi dan boleh dimainkan oleh semua peringkat usia.

Terdahulu pada 17 dan 18 Januari lalu pihak Pusat Sukan telah menganjurkan Klinik Khas Sepak Takraw yang telah diadakan di Stadium Tertutup Nilai bagi memberi peluang kepada warga USIM mempertajamkan kemahiran sukan berkenaan dalam usaha menyediakan pasukan USIM diperingkat pelajar dan kakitangan yang akan menyertai Sukan MASUM dan Sukan Staf IPTA pertengahan tahun ini.

Berikut disertakan maklumat berkaitan Kejohanan Sepak Takraw Jemputan USIM 2009

TAKLIMAT PASUKAN

Tarikh : 28 Januari 2009 ( Rabu )
Masa  : 2:30 petang
Loaksi : Bilik Mesyuarat HEP, Bangunan Hal Ehwal Pelajar USIM

KEJOHANAN

Tarikh : 31 Januari -1 Feb 2009 ( Sabtu & Ahad )
Masa  : 8.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi : Stadium Tertutup Nilai
Perlawanan Akhir & Penyampaian Hadiah : 4.00 petang ( 1 Februari )
MASUK ADALAH PERCUMA

Untuk keterangan lanjut hubungi talian Pusat Sukan di 06-7986134/6133

 

Last Updated ( Friday, 23 January 2009 )
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 Next > End >>

Results 1 - 31 of 154