KEMUDAHAN DAN GELANGGANG PERMAINAN

Bagi memastikan setiap aktiviti dan program sukan dapat dilaksanakan, Pusat Sukan turut menawarkan kemudahan gelanggang, padang dan sukan kepada warga USIM untuk menjalani aktiviti sukan dan kecergasan.

Antara kemudahan yang ditawarkan dipersekitaran Kompleks Sukan Tunku Najihah adalah:

  • 3 padang bola sepak
  • 1 padang serbaguna

termasuk kemudahan yang dilengkapi dengan lampu limpah:

  • 4 gelanggang tenis permainan
  • trek larian
  • 2 gelanggang tenis latihan
  • 4 gelanggang sepak takraw
  • 2 gelanggang bola keranjang
  • 2 gelanggang bola baling/ futsal luar
  • 3 gelanggang bola jaring
  • 3 gelanggang bola tampar
  • 22 stesyen out door gym
  • 2 Folish dengan kemudahan tandas dan bilik persalinan termasuk

Kemudahan lain bagi sukan dalaman di Kompleks Sukan Tunku Najihah yang boleh menempatkan 4000 orang penonton:

  • Ping Pong
  • Latihan Seni Bela Diri seperti Pencak Silat dan Taekwondo
  • Kemudahan bilik persalinan dan surau
  • Bilik latihan dan taklimat

KEMUDAHAN SOKONGAN LAIN

Kemudahan yang turut disediakan adalah termasuk peminjaman alatan sukan dan rekreasi seperti alatan perkhemahan dan sebagainya.  Turut disediakan adalah kemudahan pinjaman basikal kepada warga USIM yang ingin menggunakannya di dalam kawasan kampus.