Mula  ditubuhkan pada 2 April 2001 bermula dikampus pertama di Institut Profesional Baitulmal Kampung Pandan dan memulakan operasi secara berperingkat-peringkat dan beroperasi sepenuhnya mulai semester Mei 2001/02.

Unit ini yang dinamakan sebagi Unit Sukan dan Rekreasi diletakkan dibawah pentadbiran Bahagian Hal Ehwal Pelajar  bertanggungjawab dalam pembangunan dan perancangan aktiviti bercorak sukan  dan rekreasi.

Pada 1 Jun 2008, unit ini kemudiannya dinaik taraf sebagai Pusat Sukan USIM dan diletakkan dibawah pentadbiran Canselori selaras untuk mencapai matlamat membangunkan sukan diperingkat akar umbi dan prestasi tinggi untuk seluruh warga kampus.