3 Ogos 2023 | Berlangsung pagi tadi kunjungan hormat Pengarah Pusat Sukan USIM En. Nur Ekmal Buhary yang mengadakan pertemuan dengan Puan Sum Siew Fung Guru Besar dan Encik Wong Choo Hui Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Putra Nilai bagi membincangkan program #sportscomunity #sportsunity USIM.
Program kerjasama ini memberi fokus kepada bantuan kepakaran melibatkan sukan Bola Sepak dan Ping Pong yang akan dikendalikan bersama oleh pasukan dan atlet pelajar USIM yang akan membimbing pelajar sekolah berkenaan dalam menjayakan aktiviti penggalakkan dan pengecaman bakat.

Untuk rekod SRJK (C) Putra Nilai merupakan sekolah kedua selepas SRJK (T) Nilai yang telah mengadakan kerjasama dengan Pusat Sukan dalam aktiviti sukan Olahraga sejak tahun 2009.

Inisiatif ini merupakan komitmen Pusat Sukan untuk menjayakan agenda USIM Cemerlang USIM Disayang dan USIM@Komuniti bagi lebih mendekatkan peranan USIM bersama warga komuniti menerusi pendekatan sukan yang membawa kepada aspek kebersamaan dan perpaduan.

#sportscomunity #sportsunity